Alhamdullilah…

Alhamdullilah, syukur. Akhirnya, terhasil juga blog ‘saya suka sihat’ ni setelah terkumpulnya keyakinan dan kesungguhan untuk design dan menulis dengan ‘se-simple’ yang boleh. Saya juga berasa amat bersyukur sebab dapat banyak belajar dari kesilapan lepas di dalam buat blog.

Pengajaran yang saya maksudkan banyak membuat saya lebih ‘happy’, fokus dan tenang. Pengajaran-pengajaran tersebut ialah:

1) Plan your work and work your plan

2) Take action now!

3) Keep it simple

4) Speak the truth; from your heart  and do with your passion dan last but not least

5) Must share your lessons.

Sebenarnya tujuan blog ini diwujudkan, selain nak berkongsi cerita dan pengalaman hidup saya, ialah untuk membawa sebuah misi berkaitan kesihatan. Saya selalu  berpendapat untuk saya mengubah perangai dan pemikiran saya, dari negatif kepada positif, adalah melalui kesihatan diri saya.Dan untuk saya perolehi kesihatan yang baik, saya mesti makan makanan yang baik!  Saya  masih ingat pesanan emak saya, “tak kira kita sakit ka, sihat ka, kita mesti makan. Kalau tak makan kita tak boleh ‘pikiaq’ (loghat utara) dengan baik dan tak boleh lawan penyakit kita.”

Dengan kata-kata tersebutlah, alhamdullilah, sampai sekarang saya dapat meneruskan hidup saya dengan sihat dan ceria, dan yang bestnya, TANPA UBAT_UBATAN!

A-Ha! pada sesiapa yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut macam mana saya’ handle’ penyakit-penyakit fizikal dan penyakit-penyakit hati saya dan bagaimana saya meningkatkan personal development saya, insyaAllah saya berkongsi di dalam ‘page’ “Siapa Saya”. Silalah ke halaman tu untuk juga melihat gambar-gambar sebelum dan selepas saya.

Selain daripada tujuan-tujuan di atas, semangat untuk terus menjayakan blog ini ialah melalui kata sepakat serta motivasi yang dibina dengan rakan baik saya, Shaheera yang juga memulakan blognya sendiri stickynotesforhealth. Kami sama-sama mempunyai perjalanan hidup masing-masing yang sukar, terutama dari segi kesihatan. So, kami berjanji untuk mula berkongsi dengan lebih ramai lagi sahabat-sahabat dan kenalan baru melalui penulisan blog kami. Selalu-selalulah ‘support’ ye 🙂

So, kawan-kawan…selamat berkenalan dan selamat membaca. Semoga usaha dan niat saya dan shaheera dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s