I Want Change!

Photo from here

Bila bercakap pasal ‘change’ semua orang pernah terfikir nak ‘change’, termasuklah saya sendiri. Seingat saya, saya mula mempunyai perasaan untuk berubah ni ketika berumur 9 tahun. Bila saya gagal mengekalkan tempat kedua (selalu dapat nombor 2 dalam kelas) di dalam peperiksaan akhir.

Disebabkan kejadian tu, saya ubah cara saya belajar. Saya ubah ‘time’ nak belajar, tempat belajar, dengan siapa saya berkawan, dan juga apa yang saya makan. Pernah suatu ketika, sampai tak bersosial langsung! Punyalah ‘nerd’ betul-betul!  Walau bagaimanapun, dengan ‘change’ yang saya buat tu, saya berjaya juga akhirnya memperbaiki kedudukan di dalam peperiksaan akhir, in fact, dapat tempat pertama lagi!

Dengan segala kesukaran dan dugaan yang Allah SWT bagi sejak kecil, dari semasa ke semasa, saya dapat belajar sesuatu (itupun ‘lately’ ni baru belajar :)).

Saya sedar, untuk saya ‘change’ dengan berhemahnya (berhemah=buat sampai dapat hasil), mesti kena:

1) Ada ‘incident’ yang pahit dan pedih;

Memang ada orang yang boleh berusaha untuk ‘change’ hanya dengan membezakan perkara baik dan buruk melalui pengalaman orang lain, bacaan buku-buku ‘personal development’ dan sebagainya. Tapi, pada saya (dan saya pasti pada anda juga), selagi tak kena batang hidung sendiri, selagi tu la tak terfikir kena berubah.

2) Akui dan ‘feel’ sesuatu kegagalan yang berlaku;

Maksud saya kena akui kegagalan ialah mengaku ia berlaku disebabkan kesalahan serta kelemahan sendiri.Pernah juga ada kegagalan yang saya rasa disebabkan oleh orang lain (tak mengaku salah sendiri. Agak sombong! ). Dan ‘feel’ pula ialah sedar dan beremosi. Kalau gagal lepas tu tak sedar-sedar dan tak rasa rugi atau sebagainya, alamat gagal tinggal gagal la sampai bila-bila.

 3) Change it now!

Tipu sangatlah kalau dah sedar dan akui kegagalan yang berlaku, lepas tu bertekad nak ‘change’ tetapi ‘postpone’ nak bertindak. Macam tulah yang berlaku pada saya, hehehe…kalau tidak, bukan baru sekaranglah saya sedar dan belajar bagaimana nak ‘change’.

4) Buat yang simple dan mula yang kecil-kecil

Percayalah, pernah sekali tu saya sangat ‘ambitious’ nak ‘change’. Saya tulis dalam diari strategi dan ‘steps’ untuk buat ‘change’, saya cerita dengan kawan-kawan tentang apa yang saya akan buat (sampai kawan-kawan sangat ‘impressed’ dengan saya), saya lekat kat dinding kata-kata perangsang untuk ‘motivate’ saya dan saya tidur dan keesokan paginya, bila ada sesuatu yang ‘distract’ contohnya masalah keluarga dan lain-lain, terus tak ada ‘mood’ nak start.

Oleh yang demikian, startlah yang kecil-kecil dan ‘simple’ dulu supaya bukan setakat cakap dan tulis, tapi boleh terus buat.

5) Acknowledge & Self-Recognition

Saya selalu perasan, di dalam apa keadaan sekalipun saya kena bercakap-cakap dengan diri sendiri untuk tinggalkan kesan yang lebih baik untuk buat saya faham kenapa dan mengapa. Termasuk jugalah di dalam pujuk-memujuk dan puji-memuji ni. Nak harapkan orang, ‘in your dream’ lah nampak gaya.

Lebih baik buat sendiri. Bila saya puji diri sendiri dengan perubaGembirahan yang saya berjaya buat (walaupun kecil), itu akan ‘motivate’ saya untuk buat ‘change’ yang lebih besar dengan lebih cepat dan baik. Apa kata anda ‘try’ juga?

So, itulah cerita yang saya nak kongsi sekali ni. Setakat ni, ‘changes’ yang saya amat bersyukur saya berjaya buat ialah tentang kesihatan saya. Allah SWT tidak akan bagi saya sakit teruk suatu ketika dahulu, kalau Dia tak sayang saya dan nak saya berubah. Dan saya pasti sebab Allah tahu bila saya sihat dan ‘happy’ saya mampu buat orang lain sihat dan ‘happy’ juga. Itu amanah Allah pada saya! InsyaAllah…

Kawan-kawan pula macam mana? Apa kejadian paling buruk pernah berlaku di dalam hidup kawan-kawan sehingga membuatkan kawan-kawan ingin berubah dan dah berjaya berubah?

Tinggalkan komen