Anda Marah? Janganlah Marah, Nanti Kena Jual!

Photo from here

ūüôā Familiar tak skrip kat atas? Itu skrip cerita 3 Abdul. “Ayahanda marah? Disebabkan ayahanda marah, semua harta ayahanda menjadi hak anakanda dan ayahanda sudah kena jual!” Macam tu la lebih kurang bunyi skrip tu, bijak betul Allahyarham P. Ramlee buat cerita. Tetapi saya yakin ada pengajaran di sebalik cerita tersebut.

So, cerita sekali ni, ada kaitan dengan marah. Berdasarkan pengalaman saya sebelum-sebelum ni juga, bersemangat pula saya rasa nak berkongsi cerita yang ada kaitan dengan marah.

Saya akui, sebelum saya mula mengambil berat tentang kesihatan saya (atau dengan erti kata lain, fikiran amat cetek dalam ilmu kesihatan), saya selalu kaitkan sesebuah penyakit tu dengan penyakit yang kronik saja. Contohnya, penyakit jantung, kanser, darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis, ‘stroke’ dan sebagainya.

Dan seperti yang kita semua sedia maklum, salah satu punca kepada penyakit-penyakit tersebut ialah pemakanan yang tidak sihat (selain daripada disebabkan keturunan atau gaya hidup yang tidak sihat).

Seterusnya, kita pun akan mula kasihankan pengidap-pengidap penyakit-penyakit kronik tersebut dan mula mendoakan mereka. Pada kita semua penyakit-penyakit kronik itu BAHAYA! Namun, tidak ramai yang dapat kesedaran bahawasanya itu satu peringatan pada kita semua, termasuklah saya sendiri untuk mula mengawal pemakanan kita.

Tetapi kawan-kawan tahu tak, selain daripada penyakit-penyakit kronik di atas, apa yang kita makan juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang kita tak anggap sebagai penyakit tetapi sebagai perangai-perangai yang dicemuh dan tidak disukai?

Penyakit-penyakit yang paling kita tak perasan yang juga berpunca melalui pemakanan yang tak sihat, ialah:

  1. Penyakit suka marah orang atau juga dikenali panas baran!
  2. Penyakit ‘hari ni aku tak ada mood la’
  3. Penyakit dengki-mendengki atau iri hati
  4. Penyakit malas
  5. Penyakit suka cari salah orang lain
  6. Penyakit terlalu cemburu atau cemburu tak menentu
  7. Penyakit penting diri sendiri
  8. Penyakit mudah lupa
  9. penyakit susah tidur
  10. Penyakit tak percaya pada diri sendiri atau tiada keyakinan diri

Kajian saintis barat¬†ada mengatakan bahawa pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi boleh menyebabkan seseorang tu menjadi malas dan pelupa. Manakala, di¬†University of California, San Diego School of Medicine¬†yang membuat kajian terhadap perangai 1,000 orang lelaki dan perempuan yang mengambil banyak makanan yang diproses telah menunjukkan mereka ni cepat marah dan mudah sakit hati. Contoh makanan yang diproses yang paling mudah ialah ‘fast food’!

Kalau difikirkan semula semua penyakit yang disenaraikan di atas juga adalah penyakit-penyakit ¬†yang BAHAYA dan penyakit-penyakit ni dikenali penyakit ‘negativity’. Penyakit ‘negativity’ ni akan sangat dominan sehingga tidak membenarkan ‘positivity’ berlaku di dalam jiwa dan minda manusia.

Penyakit-penyakit tersebut boleh membuat kita kurang produktif, kurang fokus dan kurang motivasi sehingga mampu ‘distract’ kita daripada perkara-perkara yang positif tetapi ‘attract’ kita kepada perkara-perkara negatif saja.

Dan lebih teruk ialah wabak penyakit-penyakit ni lagi senang nak tersebar dan dijangkiti! Dah la tu pula, disebabkan ada di antara kita yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa penyakit-penyakit ”negativity juga berasal daripada pengamalan pemakanan yang tidak sihat!

Sifat terlalu ambil mudah dan pandang ringan dengan punca utama penyakit-penyakit tersebut seterusnya akan menyebabkan seseorang ¬†individu itu menghidap pula penyakit-penyakit kronik seperti yang dibincangkan awal-awal tadi.¬†Midwest Center for Stress Control¬†buat satu penemuan: Di dalam diri seorang dewasa yang ‘average’ ada 300 fikiran negatif satu hari, iaitu bersamaan dengan 1 fikiran negati dalam 2 1/2 minit. Dan daripada penemuan tersebut, dikatakan boleh menyebabkan kita dapa high cholesterol, jantung dan lain-lain lagi.

Jadi, dapat disimpulkan di sini, awas dengan apa yang kita makan setiap hari! Dan jangan pandang ringan sekiranya kita terjangkit dengan penyakit-penyakit ‘negativity’. Sekiranya dah terkena segeralah cari jalan untuk elak daripada orang lain berjangkit.

Pernahkah kawan-kawan terfikir atau tahu sebelum ni bahawa perangai-perangai yang disenaraikan di atas juga dianggap sebagai penyakit-penyakit merbahaya? Adakah di antara orang-orang yang kawan-kawan sayangi dan rapat mempunyai penyakit-penyakit tersebut? Kalau ya, apakah bantuan yang dapat kawan-kawan bagi untuk mereka selain daripada doa-doa?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s