“No-Time Eater”=”Zero-Knowledge Eater” vs “Knowledgeable Eater”

Photo from here

Baru pagi ni saya berpeluang bersembang-sembang dengan 2 orang kawan rapat tentang perangai dan tanggapan kita pasal makanan dan pemakanan. Alhamdullilah dengan berkat ilmu yang perlahan-lahan saya dalami dan halusi, saya mampu berkongsi dengan diaorang. At least, adalah perkara berguna dan bermanfaat saya dan kawan-kawan saya bincangkan untuk memulakan hari…(walaupun tak boleh terlepas juga berbincang beberapa perkara negatif). ‘Practice makes perfect’! ‘Practice’ bab-bab yang baik la…..:)

Sebenarnya banyak jugalah ‘points’ yang dibincangkan tetapi semuanya secara ringkas. Dan dalam blog post kali ni, saya hanya akan ‘share’ tentang salah satu ‘points’ tersebut supaya saya boleh bercerita dengan lebih mendalam. ‘Point’ tu adalah tentang perspektif atau tanggapan terhadap cara pemakanan atau lebih dikenali dengan ‘diet’.

“Diet’, ‘Diet’ Juga, Makan Jangan Sesekali Diabaikan

Topik ‘diet’ ni luas juga sebenarnya dan terdiri daripada:

  1. jenis-jenis ‘pemakan’ (‘big eater’, ‘small eater’, ‘knowledgeable eater’, ‘no-time eater’ ‘zero-knowledge eater’)
  2. masa atau waktu makan, jenis-jenis pemakanan (‘breakfast’, ‘lunch’, ‘snack’, ‘dinner’)
  3. jenis-jenis makanan (sihat & tak sihat)
  4. penyediaan pemakanan (contohnya suhu yang sesuai, penyimpanan yang sesuai dan sebagainya).

Yang paling menarik perhatian ramai selalunya ialah bila saya mula berkongsi ilmu tentang ‘no-time eater’ dan ‘zero-knowledge eater’. 🙂

Cerita Budak Sombong!

Okay, sebelum tu biar saya bercerita-ceriti sikit masa lepas saya, khususnya tentang pemakanan. Ini cerita 2 tahun lebih yang lampau, masa tu saya ada duit dan ada masa. Saya juga ada ‘degree’ maksudnya berpelajaran la kan kalau pada orang tua-tua…Orang berpelajaran ni sebenarnya orang akan anggap sangat ‘tip-top’ dalam ilmu pengetahuan atau pun sangat ‘open-minded’. Ye, memang saya akui, saya berpengetahuan dan ‘open-minded’, hehehe…itu semua di dalam bidang yang ceburi iaitu undang-undang dan hanya ‘open-minded’ terhadap perkara-perkara tertentu.

Bila ada orang baru atau kawan rapat mula nak share pasal perkara-perkara yang lebih baik, contohnya berkenaan kesihatan, saya mula ‘skeptical’. Terus ‘mental-block’! Dipendekkan cerita dan sebagai kesimpulannya, saya jatuh sakit dan disahkan menghidap ‘brain tumor’, tekanan darah rendah dan depression, disebabkan terlalu sombong dan degil untuk jaga pemakanan seperti yang dinasihatkan oleh rakan-rakan dan doktor sendiri.

Kenyataan Hidup

Oleh yang demikian dengan beraninya juga saya nak buat satu ‘statement’ kat sini, negara kita semakin tinggi peratus ‘diabetes’, sakit jantung, buah pinggang, ‘high cholesterol’, stroke, ‘high/low blood pressure’ dan sebagainya adalah disebabkan ramai yang ‘take for granted’ tentang ilmu kesihatan dan terlalu sombong! Termasuklah saya juga dulu.

‘Tak kenal maka tak cinta’. Itu yang saya rasa kita terabai sedikit. Kita tidak mahu cuba berkenal-kenalan dengan keadaan dalaman badan kita sendiri. Kita sering makan sebab lidah kita dan sebab kita lapar sahaja. Bukan sebab kita perlu makan makanan yang betul, waktu yang sebenarnya dan cara dan kuantiti yang sepatutnya.

‘knowledgeable eater’, ‘no-time eater’ ‘zero-knowledge eater’

Biar saya mula cerita dengan orang yang jenis ni:

1) ‘no-time eater’

Latar-belakang orang jenis ni

Agak-agak ada yang boleh ‘relate’ tak? 🙂  Kalau ada angkat tangan , ok?

Yang bangun pagi dah terlambat, kelam-kabut siap mandi, pakai baju seluar kasut dan terus menuju keluar rumah. Dah tak sempat nak makan…atau yang bangun awal bersiap-siap untuk anak dan suami/isteri, memasak, mengemas dan sebagainya, dah penat, duduk rehat dah ‘time’ kena keluar rumah.

Itu baru ‘breakfast’, cerita waktu lunch pula, sibuk nak kena habiskan projek atau ‘assignment’ nak kena hantar ‘by today’, tak sempat nak pergi ‘lunch’. ‘Last-last’ sama ada tak makan langsung atau makan ‘fast food’ jer.

Kelemahan & kerugian yang akan melanda orang jenis ni

– low protein

– low fat

– low nutrients

So, pendek kata…

‘Immune system’ sangat rendah, semuanya jadi ‘imbalance’…hormon, sel-sel otak dan badan, organ-organ, ‘blood circulation’ dan lain-lain lagi (kalau nak tahu lebih lanjut kena ‘attend’ seminar yang saya buat! ;p).

Tak usah cerita nak kawal berat badan, atau tambah tenaga, semuanya akan serba tak kena dan jadi tak berkesan.

Contohnya, yang turunkan berat badan, pergi ‘slimming center’ atau makan produk untuk ‘slimming’. Memang akan nampak kesan dalam jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang bila sel-sel dan hormon badan berubah, maka berubah la juga kesan-kesan usaha itu tadi semua. Bagi yang nak tambah berat badan, lain pula ceritanya sebab memikirkan dah memang kurus, makan je apa nak makan…tanpa kawal. Akhirnya, berat tak naik yang naik cuma lemak dan penyakit.

2) ‘zero-knowledge eater’

Latar-belakang orang jenis ni

Yang ini lagi best. Selalunya orang yang macam ni adalah orang ada duit dan ada masa (walaupun tak dinafikan masih ada yang jenis ni yang kurang duit dan kurang masa, tapi lebih rela bazirkan duit dengan dengar cakap promoter produk saja).

Al-maklumlah, bila dah ada duit dan masa dan bukan ‘health conscious’ tetapi murah hati, asyik belanja makan je. Belanja keluarga, belanja kawan-kawan lama, belanja kawan-kawan baru. Tak tentu masa dan tempat.

Bagi yang ‘health conscious’ pula, beli sebarang produk kesihatan yang disyorkan oleh iklan atau promoter. Tanpa ambil tahu, cara pengambilan dan berapa lama akan dapat hasilnya. Bila dah cuba beberapa hari atau minggu, takdak kesan juga, salahkan kawan yang ‘promote’ atau salahkan produk.

Setakat ni ada yang terasa diri sendiri macam tu atau kenal orang sekeliling yang macam tu?

Kelemahan & kerugian yang akan melanda orang jenis ni

– too low/too high protein

– too low/too high fat

– low nutrients

So, pendek kata…

Sekali lagi disebabkan keadaan-keadaan di atas, maka semakin dekatlah kita dengan penyakit-penyakit kronik. Bila dah ‘refuse’ nak belajar atau ambil tahu cara yang betul untuk jaga pemakanan, segala nikmat yang Allah SWT bagi pada kita akan bertukar menjadi malapetaka. Seperti yang pernah saya sendiri alami. Sayangkan…

Tidak berpengetahuan di dalam soal menjaga kesihatan dan pengambilan makanan bukan sahaja menyebabkan penyakit kronik berlaku di dalam hidup kita, malah penyakit-penyakit hati pun mula berleluasa. Dengki, sombong, cemburu, negatif dan sebagainya. Maka dengan penyakit-penyakit hati sebeginilah lagi susah untuk manusia nak berubah dan menerima perubahan.

Iklan dan promoter yang cuma nak cari untung besar disokong dan disanjung, kenalan atau kawan rapat yang berkongsi maklumat dan pengalaman, dianggap ingin mengambil kesempatan.

3) ‘knowledgeable eater’

Orang yang jenis ni, saya nak buat kesimpulan terus, orang yang InsyaAllah, untung dunia dan akhirat. Sebabnya ialah menjaga ibadah diri sendiri dan menambah ilmu kepada perkara-perkara yang baik serta menambah nilai terhadap diri sendiri dan orang lain setiap hari di dalam kehidupan.

Tak perlu nak pergi belajar teruk-teruk sampai ke peringkat ‘masters’ walaupun kalau ada lagi bagus lah. Cuma belajar berterusan dan sedikit-sedikit dan salurkan semula ilmu kepada orang lain.

InsyaAllah, sepengalaman saya dengan orang jenis ni, ialah orang yang sering positif minda, hati dan jiwa. Ye lakan, makan cukup nutrisi….Okay kesimpulan pemakanan diaorang:

– balanced protein

– balanced fat

– high nutrients

Kesimpulan Keseluruhannya

Saya seru, jom la kita bukakan minda dan hati untuk menambah ilmu tentang pemakanan seharian kita. Dengan perubahan pemakanan seorang individu boleh ubah hasil kesihatan individu yang lain, apa lagi perubahan kesejahteraan di kalangan ahli keluarga kita, masyarakat dan penduduk dunia semuanya. Jomla, kita ramai-ramai kurangkan atau hapuskan jumlah peratus penyakit-penyakit kronik di negara sendiri dan seluruh dunia.

Soalan kali ni: Bagaimana dan apakah usaha kawan-kawan untuk menjadi orang lebih sihat minda & jiwa pada hari ni? Apakah perubahan yang paling bermakna untuk diri kawan-kawan selama ni? Dan akhir sekali apakah definisi kaya pada kawan-kawan?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s