Tip-Tip Sihat & Jaga Berat Badan: Mana Lebih Berkesan, Bersenam Atau Makan?

Photo from here

Saya pernah terdengar melalui beberapa kekawan yang sedang bergossip tentang salah seorang daripada mereka baru beli sebuah mesin ‘exercise’ yang mahal untuk turunkan berat badan, tetapi selalu suka keluar makan tengahmalam kat restoren mamak dan makan nasi kandar! Mesti ada di antara yang baca blog ‘post’ saya ni pun pernah dengar dan alami cerita yang sama, kan?

Ada di antara sahabat baru saya yang bersungguh-sungguh nak turun berat badan datang ‘join’ kelab nutrisi kitaorang bertanya saya tentang persoalan di atas. Bagi menjawab persoalan tersebut,  secara peribadinya, (not to be so biased dengan misi nutrisi saya) saya berani kata, kedua-duanya penting, tetapi yang lebih penting atau lebih berkesan jika kita mulai dengan menjaga pemakanan kita.

Tak payahlah kalau nak cerita ada yang mampu beli mesin-mesin ‘exercise’ hebat atau pergi ‘the most exclusive fitness centre’ dan ada ‘instructor’ sendiri, atau ada yang rajin pergi berlatih tenis atau badminton, berhempas-pulas main bolasepak atau futsal, dan ‘jogging’ 3-5 kali seminggu, tetapi sebelum atau selepas bersenam makan makanan yang kurang nutrisi, sebaliknya tinggi lemak!

Bersenam memerlukan kita menjaga aktiviti sebelum dan selepas makan dengan baik. Pernah suatu masa dahulu, seorang sahabat beria-ria nak bersenam, bangun awal pagi dan kelam-kabut keluar rumah sebab dah berjanji sekian waktu dengan sahabat yang lain lalu terlupa nak ‘breakfast’ dulu. Tak sampai 30 minit, sahabat tersebut jatuh pengsan dan terus di bawa ke klinik berdekatan. Setelah diperiksa, didapati sahabat itu tadi menghadapi ‘low blood pressure’. Dah terbukti dah, bersenam memang la baik, tapi makan mesti didahulukan.

Ada yang lagi ‘best’! Lepas teruk-teruk bersenam, tak sampai 5 minit, keluar gym atau keluar daripada tempat jogging, depan pagar ada jual nasi lemak, terus beli, dan ada yang tak sempat balik rumah sebab dah terlalulapar, terus makan kat situ. Alamat sia-sia je la program bersenam tu tadi…

‘Seriously’ kawan-kawan dan para pembaca, jomlah kita ambil tahu tentang penjagaan kesihatan dengan lebih baik dengan banyak membaca dan ‘attend’ seminar-seminar berkaitan dengannya.

Saya betul-betul suka dan sangat ‘happy’ bila dapat membaca ebook-ebook oleh penasihat dan’instructor’ kesihatan dan ‘fitness’ yang terkenal, Kevin Zahri. Kevin Zahri banyak berkongsi tentang pentingnya menjaga pemakanan dan ada ilmu tentang cara pemakanan, barulah beliau menyentuh tentang bagaimana nak ‘keep fit’. Ilmu-ilmu yang sedemikian boleh diperolehi di link kat sini, dan saya betul-betul ‘recommend’ sekurang-kurangnya kawan-kawan ‘purchase’ salah satu daripada ebook tersebut.

Walau bagaimanapun, kat sini saya nak berkongsi sedikit daripada ilmu-ilmu yang saya dapati daripada pakar-pakar kesihatan termasuklah Kevin Zahri, berkenaan tip-tip paling ‘simple’ untuk kita boleh memaksimumkan keberkesanan pemakanan dan bersenam:

1) Mula-mula sekali kena ambil tahu tentang berat badan sendiri!

– Kalau nak diet ke, atau nak bersenam, kita mesti tahu berapa banyak yang kita perlu tambah/kurang berat kita sebenarnya. Berat badan ni, kalau nak ikutkan selalu ditipu sama ada oleh nafsu(nakkkk timbang setiap jam atau setiap hari), kurang ilmu dan juga penimbang yang digunakan. Secara ringkasnya, saya nak ingatkan di sini, timbang selalu sangat pun bukan boleh buat kita dapat berat yang ‘ideal. Ini disebabkan berat kita akan turun naik dengan tidak menentu di dalam satu hari. Dan kawan-kawan kena tahu ye, berat badan kita bukan sahaja disebabkan oleh banyak lemak. Nanti saya  akan bercerita tentang topik berat badan ni di dalam ‘post’ yang lain. Dan penimbang yang biasa kita pakai, tidak memberi jawapan yang tepat berkenaan dalaman badan secara keseluruhannya.

2) Kena cukup nutrisi!

-Sebenarnya selain daripada mengambil ‘supplement’ kita boleh juga pastikan nutrisi melalui pemakanan seharian. Ambil tahu tentang ‘meal replacement’ yang sesuai dan berkualiti, sebab ‘meal replacement’ ni sebenarnya memudahkan dan mempercepatkan ‘result yang kita perlukan dan impikan untuk kesihatan dan bentuk badan kita. Contohnya, ‘meal replacement’ yang mempunyai nutrisi selular seperti yang saya makan selama ni. (juga akan berkongsi cerita di dalam ‘blog post’ yang akan datang.

3) Senaman yang paling sesuai dengan setiap individu

– Tak semua orang sama ‘method’ bersenam yang perlu dibuat. Contohnya, senaman yang berbeza di antara orang yang nak turun berat badan dan yang nak tambah berat badan. Ha, ini mesti kena tanya pakar, saya cadangkan tanyalah orang-orang seperti Kevin Zahri sebab ‘trainer’ macam beliaulah yang berpengetahuan dan berpengalaman dengan berbagai jenis orang. Walau bagaimanapun, senaman ni tak semestinya senaman yang berat-berat seperti ke ‘gymnasium’ atau ‘fitness center’. Berjalan dari tempat parking ke tempat kerja, naik tangga turun tangga daripada naik lif atau ‘escalator’, buat kerja-kerja rumah atau berkebun, juga merupakan senaman yang baik dan selamat untuk semua peringkat umur.

4) Perihal kalori diri masing-masing

-Bercerita pasal kalori ni, kita mesti tahu beberapa perkara. Mesti tahu berapa banyak perlunya kalori setiap hari (mengikut badan masing-masing), berapa kalori yang terbakar, dan berapa kalori yang tinggal pada hujung hari. Memang tidak dinafikan bukan senang nak ‘monitor’ semua tu memandangkan ia memerlukan pengetahuan dan masa yang banyak, tetapi kalau ia untuk kebaikan diri sendiri, kita mesti kena belajar dan buat.

5) Berapa kali kita sepatutnya makan satu hari?

-Dulu-dulu, orang tua-tua selalu berpesan, “jangan makan banyak nanti gemuk, nanti bodoh” bla..bla..bla.. . Tahukah sebenarnya, kita digalakkan makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Banyakkan? 5 kali sehari tu termasuklah waktu makan utama dan ‘snack’. Di antara sebabnya ialah untuk menggalakkan peningkatan metabolisme secara semulajadi.

Kawan-kawan, demikianlah pendapat dan tip-tip yang mampu saya berkongsi setakat ni. Harap-harap perkongsian saya sekali ni dapat membantu kawan-kawan membuat keputusan yang tepat di dalam menjaga pemakanan dan bersenam.

Sekali lagi ingin saya ingatkan, apa yang kita makan dan minum setiap hari dan cara pemakanan kitalah yang menjadi tunggak kesihatan yang maksimum kepada seluruh anggota badan kita. Dan anggota badan yang paling penting ialah otak kita. Yang berfungsi menjadikan kita disiplin, positif, kuat memori, fokus, berkeyakinan, percaya pada diri sendiri dan sebagainya. Berkenaan pentingnya pemakanan pada otak kita, ada saya bincangkan di dalam ‘blog post’ sebelum ni.

Akhir sekali, tepuk dada tanyalah diri, apa yang patut anda makan pada tiap-tiap hari dan senaman apa yang anda patut buat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Persoalan yang paling penting sekali ni untuk anda sering beringat-ingat ialah “apa yang patut saya makan untuk ‘breakfast’ hari ni?”. Amalkan bertanya begini untuk seminggu untuk anda nampak hasil yang baik untuk kesihatan anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s