10 Tip Asas Dapat Berat Badan Ideal (Cara Saya)

Bila bercakap tentang berat badan ideal, selalunya individu yang nak turun berat badan saja yang sibuk-sibuk berusaha. Yang nak tambah berat badan, macam ‘lepat liat’ sikit nak buat ‘effort’ sebab tak rasa macam susah nak berjalan, susah nak cari baju, susah nak berlari, dan ‘budget’ sihat. Betul atau betul? 🙂

So, mulai sekarang,khas pada yang perlu tambah berat badan…jom la buat usaha juga untuk dapat berat badan ideal, sekurang-kurangnya baca la tip-tip kat sini.

Nak tahu kenapa sejak kebelakangan ni sering sangat di sana sini wujudnya ‘fitness centre’ baru, ‘slimming centre’ tak usah cakap la, bercambah-cambah, seminar dan kempen jom kurus, dan sebagainya? Sebab…di kalangan masyarakat kita dan juga kerajaan seluruh dunia sendiri, dah mula sedar betapa penting BERAT BADAN IDEAL ni untuk kesihatan secara keseluruhan. Bila setiap individu mula berusaha ingin mendapat berat ideal, secara tidak langsung individu tersebut kena berusaha untuk mengamalkan cara hidup sihat!

PERSPEKTIF SAYA TENTANG BERAT BADAN IDEAL

Itulah ‘concern’ semua orang kat dunia ni sekarang, termasuklah saya. Tetapi yang untungnya, saya dah mula ambil tahu dan ‘take action’ sejak 2 tahun lebih yang lalu. 2 tahun 7 bulan yang lalu, ‘profile’ saya lebih kurang macam ni (ukuran dengan menggunakan penimbang yang canggih. Kalau nak dapat info macam yang kat bawah ni, hubungi la saya):

Body weight: 75.8kg

Body fat: 43.6%

Body water: 36%

Body muscle: 37.2%

Physique rating: 2

BMR: 1011

Metabolic Age: 58 (Umur sebenar 37 tahun)

Bone Mass: 2.2

Visceral Fat: 10

Ha, itula rekod saya sebelum ni. Kepada yang tahu apa maksud setiap satu info kat atas, mesti boleh agak macam mana keadaan kesihatan saya dulu, kan? Kepada yang kurang faham, nanti satu hari saya berkongsi di dalam Seminar Cabaran ‘Ideal Weight’ yang akan saya anjurkan dalam masa yang terdekat ni.

Okay, yang tadi tu, rekod 2 tahun 7 bulan yang lalu, rekod saya yang terbaru (5 hari lalu) macam ni pula:

Body weight: 60.2kg

Body fat: 26.5%

Body water: 58.5%

Body muscle: 38%

Physique rating: 5

BMR: 1320

Metabolic Age: 29 (Umur sebenar 41 tahun :))

Visceral Fat: 6

Saya akui pada mulanya saya juga mempunyai ‘mindset’ yang silap tentang ‘ideal weight’ ni. Saya agak degil untuk ambil tahu dan akibat kedegilan tersebut keadaan kesihatan juga semakin menurun dan menurun. Kekerapan saya ke klinik dan ambil cuti sakit semakin bertambah, daripada 2x seminggu jadi lebih dari 3x seminggu.

Fokus dan ‘mood’ pada kerja juga semakin merosot. Semangat untuk berkawan dan buat kawan baru, lagilah tak boleh pakai, asyik nak naik angin je, siapa yang nak berkawan dengan saya. Pendek kata, segalanya nampak, bunyi dan bau negatif la!

Sehinggalah satu hari saya mula sedar kemerosotan tersebut membuat saya tidak puas di dalam hidup dan dengan beberapa nasihat pakar dan kawan baik, saya ambil inisiatif untuk cari dan buat formula sendiri untuk mendapat motivasi yang  berterusan di dalam mendapat ‘ideal weight’ saya.

INI DIA! LANGKAH-LANGKAH YANG SAYA BUAT

Di bawah ni, ada 10 tip yang betul-betul saya amalkan sampai sekarang dan juga yang saya dah berkongsi dengan beberapa sahabat saya untuk kami sama-sama capai ‘ideal weight’ kami (walaupun belum capai ‘ideal weight’ lagi. Sikitttt je lagi!). Jomlah baca…

1) Cari sebab-sebab ‘besar’ kenapa nak turun/naik berat badan

-Kadang-kadang, ada di antara kita yang selagi tak dapat sakit-tak akan buat ‘medical check-up’, tak dikatakan gemuk-makan sampai tak ingat dunia. Itulah yang terjadi pada saya sebelum ni dan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita di samping mengingatkan kawan-kawan semua supaya tidak ulang kesilapan macam yang saya dah buat.

Saya akui saya menghidap ‘low blood pressure’ sebelum ni dan badan agak besar, so perjalanan darah saya memang tak betul. Disebabkan itu, saya selalu sakit kepala dan jatuh pengsan beberapa kali di bahagian belakang kepala saya. Sehinggalah satu hari doktor bagitahu yang saya juga menghadapi pendarahan beku di kepala. Bermula dengan terlalu takut ‘what’s next’ pada kesihatan saya, ia menjadi penyebab utama dan besar untuk saya jaga pemakanan saya dan berat badan saya.

2) Kumpul ilmu tentang kesihatan

– Nak buat sesuatu perubahan sehingga berjaya mestilah ada ilmu! Ini kata-kata hikmah yang saya sering dengar daripada orang-orang telah berjaya mengubah keadaan hidup mereka. Ilmu tu tak semestinya dengan mendapatkan pelajaran formal dari mana-mana kolej atau institusi, walaupun jika mampu, lagilah bagus. Cukuplah dengan belajar sedikit-sedikit dan kumpul ilmu serta maklumat yang sedikit itu menjadi lebih banyak dengan besar melalui bacaan dan seminar-seminar. Contohnya seminar-seminar serta blog-blog yang dianjurkan dan ditulis oleh Kevin Zahri.

Tetapi waktu saya 2 tahun lebih yang lalu, saya cuma banyak membaca buku-buku serta majalah-majalah yang berkaitan kesihatan. Seminar pula melalui seminar percuma yang dianjurkan oleh organisasi antarabangsa yang saya ikuti sekarang ni. Saya pastikan saya dapat belajar dan dengar ‘facts’ dari yang betul-betul pakar di dalam pemakanan, nutrisi dan senaman, bukanlah ‘opinion’ semata-mata. Itu juga penting ye kawan-kawan.

Kesilapan atau masalah sering berlaku jika kita salah pilih ‘tuan penasihat’ untuk kongsi ilmu dengan kita. ‘Tuan penasihat’ yang saya maksudkan ni, macam cerita P. Ramlee ‘3 Abdul’, yang nak untung sendiri je dan ambil kesempatan atas orang lain! Banyak sebenarnya pihak-pihak begini di luar sana. Berhati-hatilah ye…

3) ‘Scan’ dan ambil tahu pasal dalaman badan sendiri & gunalah penimbang yang betul!

Langkah ini adalah di antara langkah tindakan (action step) yang pertama yang saya lakukan. Macam mana nak ‘set target’, nak buat strategi dan plan kalau tak tahu keadaan sebenar di dalam badan sendiri. Nasib saya agak baik ketika itu sebab nutrisi 123 yang saya hendak mulakan disertakan dengan konsultasi dan perkhidmatan ‘wellness coach’ percuma yang juga menawarkan saya sesi ‘weighing rightly’ dengan percuma! Sebab itulah sekarang saya meneruskan misi dan ‘passion’ tersebut untuk membantu kawan-kawan dan kenalan dengan percuma juga.

4) Mesti Ada ‘Coach’!

– Mula-mula saya rasa ‘coach’ tu macam menyibuk dan tak penting pun. Saya fikir kalau saya boleh ‘plan’, boleh ‘strategize’ sendiri, buat apa perlu ada ‘coach’. Rupa-rupanya, ‘coach’ lah di antara yang paling penting untuk pastikan kita dapat capai matlamat kita seperti yang dirancang. Bukan itu sahaja, ‘coach’ juga berfungsi menasihati saya sama ada sesuatu yang dirancang itu adalah mengikut kesesuaian serta kemampuan saya.

Di antara bukti bahawa coach ni perlu dan penting ialah bagaimana ahli-ahli sukan terkenal di dunia seperti Tiger Wood, David Beckham & Rafael Nadal yang betul-betul memerlukan ‘coach’ untuk mereka terus berjaya di dalam bidang sukan masing-masing.

5) ‘Target! Target! Target’!

-target duration, target berapa kg nak kena turun atau naik, dan target bila boleh capai. Dengan adanya target ni, saya tidak terlalu menyimpang jauh untuk capai ke arah ‘ideal weight’ saya. Walau bukan pada hari dan waktu yang tepat saya dapat capai, sekurang-kurangnya tidak lari jauh dari target saya.

Target tu semua pula saya letak di merata-rata tempat seperti di dalam diari, dan lekat di dinding-dinding bilik saya.

Sebenarnya dengan adanya ‘target’ ni juga, saya dah boleh berjimat di masa depan, walaupun pada mulanya saya harus berbelanja banyak untuk tukar ‘breakfast’ saya kepada  Nutrisi 123.

4) Makan Nutrisi-Cukup Nutrisi

– Ini ada kaitan dengan pemakanan seharian kita. Itu sebabnya saya katakan tadi, saya buat banyak bacaan dan kajian tentang ilmu pemakanan. Kalau setakat nak makan semua yang diiklankan di media masa, semua mengaku bagus dan bernutrisi, tetapi yang tanggung susahnya diri sendiri apabila keluarkan duit yang banyak, hasilnya kurang atau kadang-kadang tak ada langsung.

Saya akui, saya bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan sebarang produk nutrisi yang diiklanklan di tv dan sebagainya. Saya juga tak akan berani makan sesuatu produk yang murah atau di tepi-tepi pasaraya sahaja. Bukanlah nak sombong, beli produk nutrisi memanglah murah, tapi jika tidak ada kualiti atau ada kesan sampingan yang teruk, masuk hospital, lagi mahal la kawan!

Itulah ilmu mesti wajib ada, ada duit yang banyak tapi tak ada ilmu yang cukup atau ilmu yang betul, adalah satu kerugian juga. Saya kenal seseorang yang agak senang yang sering mencuba daripada satu produk nutrisi ke satu produk nutrisi yang lain. Tak pernah kekal pada satu produk sehingga nampak hasil. Hujung-hujung dia salahkan produk dan orang yang perkenalkan produk tersebut.

Syukur alhamdullilah, berkat usaha serta kehendak yang bersungguh, Allah SWT telah ketemukan saya dengan Nutrisi 123 iaitu nutrisi selular yang sangat lengkap nutrisinya. Yang paling ‘best’ ialah senang dan cepat untuk disediakan dan diserap ke dalam seluruh badan saya.

5) Waktu  Makan, Berapa Kali Makan 

– Makan tetap kena makan…Mana ada diet yang betul tak makan? Ada ke? Sebab itulah ilmu tu penting. Masa dulu-dulu, bila orang sebut diet, selalu kaitkan dengan ‘mana boleh makan?’ Bila saya baca beberapa artikel-artikel yang boleh dipercayai, baru saya tahu, kalau nak sihat, kalau nak turunkan berat badan, mesti kena makan. Tak boleh ‘skip meal’ langsung! Sebaliknya, kena pastikan makan 5-7 kali sehari (waktu makan utama dan ‘snack’). Ini disebabkan bila saya makan dengan waktu yang betul dan jumlah yang betul, metabolisme saya akan kekal atau semakin menaik.

6) Air Kena Banyak Betul!

-Memang tidak dinafikan, bagi sesetengah individu, minum air kosong amatlah susah! Seingat saya, dulu, nak minum satu gelas sampai habis pun macam nak muntah rasa. Punyalah teruknya! Air sangat-sangat diperlukan untuk mencerna segala yang kita makan. Dengan kuantiti yang banyak, air juga dapat memudahkan proses detoksifikasi di dalam badan kita. Semenjak saya tahu jumlah peratus sebenar air yang diperlukan lebih banyak daripada jumlah peratus sebenar makanan ‘solid’ di dalam badan kita, barulah saya dapat bayangkan betapa pentingnya air untuk seseorang itu meneruskan hidup yang sihat. Begitu jugalah dengan berat badan yang ideal akan mudah dicapai sekiranya kita dapat minum dengan banyak.

8) Bina kepercayaan, keyakinan dan disiplin diri sendiri

– Ketiga-tiga perkara di dalam ‘point’ ni amatlah penting untuk dipupuk di dalam minda dan jiwa kita. Satu ketika dahulu, walaupun dah belajar tinggi dan mempunyai karier yang baik, kepercayaan, keyakinan dan disiplin diri tidah sampai ke tahap baik!

Saya mempunyai ‘self-esteem’ yang rendah dan selalu menyerah kepada nasib dan keadaan apabila rasa kurang gembira dan kurang sihat. Apatah lagi untuk turunkan berat badan waktu tu, pernah terfikir ‘tak mungkin boleh turun lagi sekiranya umur semakin meningkat’! Sampai macam tu sekali!

Namun, bila ada orang lain seperti coach saya lebih mempercayai kemampuan diri saya, rasa malu sangat! Terus ambil inisiatif untuk mula pupuk kepercayaan dan keyakinan diri agar disiplin pun boleh meningkat.

9) Action! Action! Action!

– Selepas saya dah ‘plan my work’, kena la pula ‘work my plan’. Tindakan ni penting, kalau tak mulakan ‘NOW’ alamat sampai bila-bila la saya tak nampak hasilnya! Prosidur yang ini merupakan satu kemestian untuk saya dapat momentum. Rugi rasanya dah gunakan masa berhari-hari rancang dengan baik, tiba-tiba yang tinggal hanyalah perancangan.

10) Rekod & Gambar

– Rekod yang baik amatlah penting di dalam usaha mendapat ‘ideal weight’. Alhamdullilah, dengan adanya coach yang baik, saya dapat ‘keep track’ perkembangan berat badan saya dengan teliti dan baik sekali. Ini juga memberi motivasi untuk saya bila ia buat saya dapat ‘visualize’ bentuk badan saya bila dah capai tahap ‘ideal’ nanti. Cara-cara nak simpan rekod ‘inner body result’ ni boleh ikut kreativiti sendiri ye…itu menambah tarikan dan motivasi masing-masing.

Gambar pun penting juga. Gambar yang saya maksudkan ialah gambar ‘before’ dan ‘after’. Gambar ‘after’ merupakan satu mekanisme untuk saya percaya dengan kebolehan sendiri dan merupakan kebanggaan dengan pencapaian yang dibuat. Kalau tak percaya, cubalah ambil sekeping gambar, sebulan sebelum dan selepas sebelum, dan cuba jaga pemakanan dan exercise. Mesti puas hati punya!

KESIMPULANNYA…

Percayalah, kalau kawan-kawan boleh ikut tip-tip kat atas, atau boleh buat formula sendiri macam yang kat atas untuk ke arah ‘ideal weight’ masing-masing, InsyaAllah, kawan-kawan akan nampak hasil yang sangat mantap dari segi minda dan fizikal di dalam menjalani hidup masing-masing. Ingat, yang macam saya katakan tadi, idea nak dapat ‘ideal weight’ ni bukan sahaja untuk untuk orang-orang berbadan besar, badan yang terlalu kecil/kurus pun kena berusaha juga.

Untuk memudahkan kawan-kawan semua mendapat motivasi untuk mulakan usaha ni, ada satu cara best (selain daripada cerminkan diri sendiri)!

Okay, ketika dan saat ini, sekiranya anda di stesen bas, di dalam lif, di kedai makan, di makmal, di pejabat, di klinik ataupun sedang berjalan, CUBA LIHAT SIAPA DI SEBELAH, DI DEPAN ATAU DI BELAKANG ANDA. Lihat dan pandang la dengan ‘friendly’, jangan la pandang macam nak gaduh atau nak makan orang. 🙂 Seterusnya, sambil pandang, bertanyalah di dalam hati sendiri,“adakah aku macam dia?” Kalau orang di sebelah anda tu mempunyai badan yang cantik (perempuan) dan sasa atau tegap (lelaki), dan jawapan kepada soalan tu adalah “ya”, anda selamat! Tetapi kalau jawapannya “tidak’, anda perlu buat sesuatu, cepat-cepat hubungi saya!

Tetapi, jika orang di sebelah anda nampak gemuk dan letih atau kurus dan tak bermaya, dan jawapan anda adalah “ya”, anda di dalam bahaya dan bersimpatilah dengan diri sendiri dan orang tersebut! Sekiranya jawapan anda “tidak”, anda selamat! Latihan ni adalah untuk melatih kita bermuhasabah diri. Hanya dengan bermuhasabahlah boleh membuat seseorang itu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Selamat Mencuba!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s