Salam Ramadhan!: Cara-Cara Untuk Puasa Dengan Efisyen

Photo from here

 Salam! Suka betul saya tengok dan nak share gambar kat atas ni. Bukan apa, satu motivasi kepada kita semua untuk menyambut ramadhan dengan penuh positif dan hati yang lapang. Salam ramadhan buat kawan-kawan semua ye. Cerita pasal ramadhan, sekali ni saya nak ambil peluang share tentang projek-projek yang sayasukasihat tengah rancang dan akan ‘proceed’ ‘soon’.

Sebelum tu nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak buat ‘new blog post’ sebab sibuk merancang dan ‘implement’ projek-projek ‘misi nutrisi’ saya dan rakan-rakan. Gambar kat atas ni adalah salah satu projek terbaru yang bakal saya jalankan sepanjang bulan ramadhan. Nak buat ibadah banyak-banyak untuk diri sendiri dan orang ramai di luar sana!

Percaya tak kalau saya kata segala-galanya bermula di bulan yang mulia ini? Sebab bulan ramadhan kan bulan umat. Allah SWT bagi nikmat dan hikmah yang banyak untuk kita ambil peluang perbaiki diri kita secara keseluruhan dan jadi orang baru bila tibanya syawal.

Memang tidak dinafikan kalau sebut pasal ramadhan atau puasa, ramai yang akan terfikir pasal makan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan. Itu tandanya bagus sebab ramai yang akan terfikir dan akan mula buat pilihan serta keputusan sama ada nak makan secara sihat atau tidak. Bagi yang buat pilihan untuk makan secara sihat, maka saya boleh katakan di sini akan tertunailah ibadah puasa dengan sempurna. Dan inilah kaitan dengan ‘statement saya di perenggan di atas: ‘ambil peluang perbaiki diri secara keseluruhan dan jadi orang baru’!

Sebab-sebab kenapa saya berkata demikian, dah jelas lagi nyata menjaga ibadah diri sendiri adalah satu ibadah yang besar dan mulia di sisi Allah apatah lagi di bulan yang mulia. Melalui pemakananlah yang membentuk segala sistem diri seseorang hamba Allah. Kalau buruk pemakanannya, maka buruklah sistem badannya, dan bila elok dan sihat pemakanannya, maka sihatlah keseluruhan sistem badan yang menakjubkan yang dijadikan Allah SWT.

Pendek kata, pengamalan pemakanan yang efisyen menghasilkan individu yang efisyen seterusnya individu yang efisyen pasti dapat menjalankan ibadah puasa yang juga efisyen!

Maksud Puasa Efisyen

Puasa efisyen adalah puasa penuh (pengecualian kepada para muslimah) dan berpuasa dengan penuh ketaqwaan. Puasa yang penuh dengan ketaqwaan pula ialah puasa yang diselitkan dengan segala ibadah yang boleh dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

Sebut tentang pahala, memang ada yang naik turun, betul tak? Al-maklumlah, banyak dugaan dan ujian yang mendatang walaupun hamba Allah yang di dalam gambar di atas dipenjarakan…sikap, minda dan jiwa kita sendiri juga mampu menghasut diri kita.

Walau bagaimanapun, percayalah kita masih mampu buat yang terbaik melawan sikap, minda dan jiwa yang negatif di dalam diri sendiri. Dengan kata lain, puasa yang efisyen dan berjaya adalah puasa yang ikut sunnah Rasullah SAW bukan puasa yang ikut budaya dan adat orang melayu.

 Puasa, Pemakanan & Nutrisi

Tahukah kawan-kawan, tenaga dan sel di dalam badan kita banyak digunakan untuk proses penghadaman? Oleh yang demikian, sepanjang kita berpuasa, aktiviti untuk memproses pemakanan di dalam badan akan berkurangan dan tenaga dan sel-sel badan bolehlah tertumpu lebih kepada proses perkumuhan atau pembuangan yang masih juga berjalan walaupun kita berpuasa. Dengan tumpuan yang banyak kepada proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang juga boleh bekerja lebih kepada proses pembuangan toksin dan bahan buangan lain yang sering membawa penyakit kepada manusia.

Itu fakta tentang puasa. Bukan apa, dapat sikit-sikit fakta macam ni boleh la tambah pengetahuan dan praktik terus. Kalau ‘too much information’, susah nak ingat :p!.

Berkenaan pemakanan & nutrisi pula, lagi best. Bila perut dah mula berehat-rehat, adalah digalakkan memakan makanan yang mudah hadam. Supaya perut kita tak terkejut sebab terpaksa ‘overwork’! Makanan yang mudah hadam ni termasuklah makanan berprotein tinggi dan serat tinggi.

Contoh di antara makanan yang susah hadam ialah protein daripada daging lembu, ayam atau sebagainya yang juga dikenali sebagai protein paling kompleks. Selain daripada tu, protein jenis ni dah banyak tercemar dan mempunyai kandungan bahan buangan macam bahan kimia dan racun dan juga kuman iaitu hormone, antibiotik dan logam-logam berat serta racun serangga.

Oleh itu, adalah paling baik kalau kita amalkan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis kacang. Kalau boleh kedua-dua jenis protein ni boleh ‘mix and match’ untuk menambahkan jumlah protein di dalam pemakanan seharian kita.

Secara kesimpulannya, sekali lagi diingatkan ambil makanan yang mudah hadam dan dengan kadar yang sepatutnya. InsyaAllah, sekiranya diamalkan sepanjang berpuasa, dapat kita mengawal dan mengelak penyakit-penyakit kronik seperti obesity, tekanan darah tidak normal, jantung, dan sebagainya.

Akhir sekali, sebagai tambahan kepada info puasa, pemakanan & nutrisi ni, ialah pengambilan air. Air memainkan peranan yang paling penting. Kalau makan banyak manapun makanan sihat tapi dengan kadar air yang kurang, kuranglah maknanya. Air yang dimaksudkan bukanlah minuman secara amnya, tetapi air kosong yang termasuk air suam dan air mineral. Ingin diingatkan di sini, peranan air selain untuk penghadaman,  juga penting untuk pembuangan termasuklah pembuangan toksin dan juga pembersihan usus.

Minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi dan teh perlu juga dikawal. Ini disebabkan minuman tersebut boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf, jantung dan perut sehingga menyebabkan pengeluaran asid hydroklorik secara berlebihan, dan ini boleh menyebabkan keadaan pedih perut atau gastrik.

Ha, itulah serba sedikit cerita tentang “Puasa Efisyen” ni. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut jomla ikut ‘program ramadhan sihat’ yang seperti tertera di foto di atas. Sebenarnya, sayasukasihat teringin sangat nak jalankan program macam ni setelah mempunyai pengalaman sendiri dan mendapat inspirasi daripada rakan-rakan lain yang turut membawa ‘misi nutrisi’ yang juga ada pengalaman masing-masing dan hasil masing-masing. Pendek kata, kitaorang ada formula sendiri dan juga jaminan ‘result’ tersendiri.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s