Tip-Tip Bagaimana Nak Jadi Superhero Yang Supercharged!

Sejak kebelakangan ni banyak betul kerja dan commitment yang saya bertanggungjawab untuk lengkapkan dan selesaikan. Semangat memang la bersemangat, tapi kadang-kadang tu ‘drive’ tak cukup kuat dan fokus lari ke selatan sikit, ke utara sikit. 🙂

Soal perlu ‘sustain’ bertenaga atau ‘energetic’ dan betul-betul kekal fokus sebenarnya bukanlah tercipta daripada faktor-faktor luaran, tetapi sebenarnya memerlukan faktor-faktor dalaman yang sangat mantap.

Bila terfikir semula ‘tagline’ kat dalam blog sendiri, saya fikir saya betul-betul perlu bangkit semula untuk kekalkan semangat ‘superhero’ dan ambil tindakan-tindakan untuk jadi ‘supercharged’ seperti di bawah. Moga-moga langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang saya sendiri nak buat ni, boleh juga beri manfaat pada anda semua:

1) Makan dengan penuh selera dan lebih kerap makanan yang penuh ‘nutrients’

Macam biasalah, macam sebelum-sebelum ni, saya mulakan hari dengan nutrisi 123 saya. Tetapi ‘lately’ ni saya mengaku, saya banyakkan makan makanan yang tinggi kalori tetapi rendah nutrients untuk ‘lunch’ dan ‘dinner’ saya.

Memang terasa berbeza bila saya banyakkan makan nutrients. Badan rasa ringan, mood memang best giler, sentiasa berjaya dapat ‘convert’ negativity kepada positivity, tidur nyenyak, bangun awal dan dapat ‘stay focus’.

2) Selalu bawa ‘water bottle’ 2 liter untuk isi air kosong dan minum air kosong

Memang la kalau minum minuman sejuk dan manis di tengah-tengah panas dan ketika letih dan penat, memang melegakan. Tapi kelegaan tu tak lama. Dan saya sedar lagi banyak saya minum minuman-minuman macam tu, saya tak boleh berhenti minum air yang sama dalam hari yang sama.

‘Last’last’, pergi bilik air pun tak boleh sangat, dan kalau pergi buang air pun, tak puas. Sebaliknya, bila saya minum air kosong yang banyak, badan kurang rasa malas dan mengantuk waktu siang dah tak melanda lgi.

3) Kena dapatkan ‘a good night’s sleep’

Ha, ni yang paling tak produktif ni bila nak sempurnakan sesuatu kerja penting. Tidur yang cukup dan nyenyak boleh memberikan kita semangat yang tinggi untuk habiskan sesuatu kerja dengan lebih produktif dan kreatif.

Ingat ye, badan dan otak kita perlu dapatkan rehat yang cukup untuk kita rasa ‘supercharged’ dan ‘fresh’.

4) Dekatkan diri dengan ‘goal’ di dalam hidup anda

Maksudnya, pastikan anda bangun dan tidur dengan melihat, membaca, dan seterusnya ‘determine’ nak capai ‘goal’ atau ‘dream’ anda. Setiap kali saya lakukan dan ulangi proses ini di dalam hidup saya, saya lebih fokus dengan apa yang saya nak capai dan kenapa saya nak capai impian di dalam hidup saya.

Ini juga dapat jadikan saya lebih bersemangat dan dapat terus bangun untuk bekerja dengan lebih baik dari sehari ke sehari sampai la saya capai impian hidup saya.

Ingat ye, ‘dare to dream big’!

5) Banyakkan aktiviti bersenam

Bila saya mulakan workout untuk fizikal dengan lebih kerap, saya lebih bertenaga dan berkeyakinan. Sikap percaya pada diri sendiri juga akan wujud dan kekal tinggi bila saya selalu buat latihan cardio, terutamanya sebelah pagi. Dengan cahaya pagi yang bersih dan bertenaga dapat memancarkan ke seluruh anggota badan saya bermula dari bahagian otak – dapat otak yang cergas- hinggalah ke hujung jari kaki saya.

Bersenam untuk otak juga boleh dilakukan dalam masa yang sama dengan bersenam untuk badan sambil mendengar ‘inspirational music or talk’ dan sebagainya.

6) Banyakkan berkawan dan dikelilingi orang-orang serta perkara-perkara yang positif

Bukan tak boleh bergaul dengan sesiapa yang negatif, tetapi ‘limit’kan lah sebab kita taknak ambil ‘negative energy’ orang tu untuk kita tersukan hari kita. Saya lebih suka ‘join’ orang-orang kat ‘health club’ saya, sebab most of them suka berkongsi positive results yang diaorang perolehi dari semasa ke semasa dengan penuh ‘excitement’. Secara tidak langsung saya juga terkena ‘supercharged’ orang-orang tersebut dan ini lebih memberi makna dan menceriakan hidup saya.

Kan lebih baik daripada kita dengar gossip dan fitnah semata-mata….

7) Dress up!

Memang tak dinafikan kadang-kadang untuk lihat lebih santai dan bersahaja, saya sering berselipar dan berseluar pendek saja bila keluar berjalan-jalan atau berjumpa kawan-kawan. Walau bagaimanapun, bila saya fikir semula, pakaian macam tu tak dapat buat saya kekalkan keyakinan saya dan kebanggaan pada diri sendiri.

Apatah lagi bila saya bertemu dengan potential people untuk business dan career saya. Memang la bukan pakaian penentu segalanya, sebab kekuatan dalaman lebih penting, namun pada sesetengah orang macam saya, lebih rasa dihargai dan lebih rasa professional dengan memakai pakaian yang ‘proper’ dan kena dengan personaliti dan gaya diri sendiri.

Beringatlah kawan-kawan, walau tak pernah terlintas di hati dan tak pernah bercita-cita nak jadi ‘superhero’, kadang-kadang kita semua akan terpaksa jadi juga ‘superhero’ kalau bukan untuk orang asing, mungkin untuk kawan rapat kita, anak-anak kita, anak-anak buah kita, saudara-mara kita yang memerlukan kita salurkan semangat pada diaorang ketika diaorang tengah’down’ atau lemah!

Oleh yang demikian, buat list sendiri atau amalkan sesuatu tindakan seperti di atas supaya kita selalu jadi ‘superhero’ yang ‘supercharged’ sentiasa! All the best! To u n to me too!

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s