Siapa Saya

Inilah saya! Perbandingan gambar ni banyak tertumpu kepada:

1) Berat badan: daripada 75kgs kepada 60kgs (now). Body fat: daripada 43.5% kepada 32%. Cuba tengok bahagian tangan dan upper body saya. Nampak bezakan? :p

2) Kecerahan dan keceriaan muka: dulu agak pucat dan banyak fat juga kat muka. Now dah mula shape up. Ada kawan-kawan tegur dah mula nampak happy dan sihat. Alhamdullilah…

InsyaAllah, saya akan berkongsi dan upload gambar saya berdiri untuk sebelum dan selepas, okay?

Basically, di dalam halaman ni, saya banyak bercerita tentang diri saya sebelum dan selepas saya menjaga kesihatan saya yang banyak meninggalkan kesan pada kehidupan saya secara keseluruhan. Senang kawan-kawan baru nak kenal dengan lebih lanjut siapa saya! Okay, dah sedia? Jom kita mula…

CERITA SEBELUM-SEBELUM…

Saya dulu, rajin belajar! Saya ada 2 diploma: Diploma Pentadbiran Awam dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Saya juga ada 2 ijazah: Ijazah Pentadbiran Korporat dan Ijazah Undang-Undang. Dan…saya ada bannnyak sijil! Di antara yang saya masih ingat ialah: Sijil Pengurusan Pelancongan, Sijil Pengurusan Perniagaan, Sijil Pengurusan Sumber Manusia, Sijil Fotografi.

Saya juga mempunyai banyak pengalaman kerja dan nak dipendekkan cerita, saya pernah practice sebagai lawyer selama setahun sahaja dan juga pernah menjadi assistant photographer di ASTRO untuk beberapa talk show di sekitar tahun 2004-2005.

Memang tak pernah fokus di dalam hidup! Banyak menanggung masalah perasaan, minda dan fizikal. Cerita perjalanan hidup saya ni, sesetengah ahli keluarga saya pun tak pernah tahu. :p Sebabnya, bila saya saya menyusahkan orang lain, saya akan menghilangkan diri. Pergi duduk sorang-sorang di luar negara. Serious! Sampai ke tahap tu saya pernah buat.

Saya sentiasa mencari ketenangan hidup dan kesenangan hidup. Saya ingin mengejar ‘kejayaan total’ tetapi tak pernah berusaha untuk mencapainya dengan terperinci. Dengan erti kata lain, satu usaha belum tercapai, saya akan buat usaha lain. Akhirnya, tiada kesudahan.

Saya mula menghadapi berbagai-bagai kesusahan kesihatan. Kesihatan perasaan, mental dan fizikal seperti yang saya dah sebut di atas tadi.Ye la, asyik nak struggle je tapi tak ada strategi dan ketetapan hati. Tambahan pula saya lakukan semua usaha itu dengan keadaan tak boleh fokus! Dan asyik nak ambil kisah ‘apa orang kata’ dan cuba nak ‘please’ semua orang. Diri sendiri terabai… πŸ™‚

Walaupun dari luaran saya nampak berjaya, saya pernah pandu kereta besar, duduk rumah besar, pergi melancong hampir seluruh negara dan dapat membantu ramai kawan dan saudara-mara…dari segi dalaman diri, saya susah sebenarnya.

Akibat kesusahan tu semua, saya mula sakit-sakit. Penyakit yang pertama saya hadapi ialah ‘penyakit sedih’! Menangis tak berhenti! Lepas tu, saya menanggung tekanan darah yang rendah. Selalu pengsan-pengsan dan jatuh di mana-mana sahaja. Saya juga mulakan tabiat suka makan dan makan tak tentu masa (kadang-kadang skip meals lagi..). Oleh yang demikian, berat badan saya melonjak naik ke 73kgs ke atas sekitar tahun 2005.

Akhirnya, pada hujung tahun 2005 saya di’diagnosed’ dapat ketumbuhan otak. Agak tidak serius, tapi tanda-tanda ke arah lebih serius dah mula nampak. Saya dah mula panik dan baru terasa segala nasihat doktor, Harus dan Mesti Didengar! πŸ˜€

Technically, saya dengar dan ikut semua nasihat doktor. First, dia sarankan saya quit as a lawyer. Second, dia suruh saya tukar cara pemakanan dan pemakanan, dari habit suka makan unhealthy food kepada healthy food!

So, saya pun mulakan journey saya untuk ‘say bye-bye to siksa dan sengsara” πŸ™‚

NOW, CERITA RIGHT AFTER SAYA DENGAR NASIHAT DOKTOR…

Saya merantau dan melancong hampir seluruh negara. Saya berhenti karier saya sebagai lawyer kemudian jadi photographer dan akhirnya buat keputusan untuk guna semua savings saya untuk just melancong. Saya melancong selama lebih kurang 5-6 bulan dan balik ke tanah air, masih berada dalam keadaan yang sama, sakit dan sakit. In fact, masa kat negara orang pun saya asyik pengsan-pengsan. Kesian, kawan-kawan saya yang kena menjaga saya ketika itu. Semoga Allah memberi ganjaran pada diaorang semua, amin.

Sesudah itu, baru saya sedar. Saya tidak akan dapat mengubah apa-apa sekiranya saya tak ubah “Inside Out”! Maksud saya, saya boleh pergi melancong, saya boleh belanja kawan-kawan untuk tolong buat saya happy dan saya boleh beli kereta dan rumah idaman (ketika itu), tapi itu semua luaran sahaja! Dan maksud ubah “inside out” ialah ubah cara pemikiran, ubah cara berperasaan dan ubah kepercayaan (kecuali kepercayaan kepada Allah Yang Esa).

First, apa yang saya buat, saya banyak meminta kepada Allah dan mendekatkan diri denganNya.

Second, daripada pengetahuan yang sedikit melalui pembacaan, saya baru tahu bahawasanya sel-sel di dalam badan kitalah yang menentukan siapa kita dan bagaimana pemikiran kita dan rupa paras kita. Jadi, saya fikir, untuk saya mendapat sel-sel yang baik adalah melalui minuman dan pemakanan saya setiap hari! Β (memandangkan tak mungkin saya nak keluarkan dan bersihkan sel-sel dan organ-organ dalam badan saya!) πŸ™‚

Tiba-tiba saya teringat. Doktor yang mengubati saya pernah suruh saya ubah cara pemakanan dan makanan saya. Maka bermulalah pencarian pemakanan yang baik. Konsep saya di dalam pencarian ni senang je, janji tak ada side-effects, tak ada ubat-ubatan dan paling simple untuk disediakan!

Alhamdullilah, dan terima kasih kepada abang ipar saya yang berkongsi tentang kewujudan NUTRISI 123, tanpa lengahkan saya pergi ke kelab nutrisi berhampiran rumah saya dan saya amalkan. Hari pertama, rasa sangat bertenaga dan hardly rasa mengantuk. Hari ketiga, saya dah mula minum air kosong yang banyak (dulu, nak habiskan segelas pun susah. Air ais bandung, okay la juga, air kosong memang taklah!) dan saya dapat tidur nyenyak dan bangun dengan mudah (tak malas-malas lagi). Selepas seminggu, check tekanan darah, alhamdullilah sekali lagi, dah normal. Sehingga saya tertunggu-tunggu bila nak pening-pening dan pengsan! πŸ™‚

Selepas 6 bulan, tiba tarikh untuk check-up lagi. Sebaik saja masuk ke bilik doktor (selepas buat scanning), doktor hairan dengan perubahan air muka, berat badan dan semangat saya. Dan yang paling best ketika itu, bila doktor bagitahu ketumbuhan di otak saya sudah tidak membesar dan tidak aktif Β dalam beberapa bulan yang lalu.

Dengan kuasa dan izin Allah SWT, sehingga sekarang selama 2 tahun 7 bulan mengamalkan sarapan yang sihat dan paling mudah, saya dah tak perlu ke hospital lagi, tak perlu makan ubat dan mula boleh fokus dengan kerja-kerja saya.

ini pasalnya saya tak sabar-sabar nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan lama dan baru dengan buat blog ni.

Saya dah semakin sihat, saya dah mampu buat banyak perubahan hidup. Saya teringin sangat-sangat nak berkongsi dan membantu kawan-kawan mengubah hidup juga.

Ingat…SAYA BUKANLAH SUPERHERO….TAPI SAYA SUKA JADI SIHAT DAN KUAT, BAGAIMANA ANDA?

Sekarang saya dah actively and fully bawa MISI NUTRISI & CHANGING PEOPLE’S LIFE!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s